Islamic Widget

Tuesday, August 10, 2010

KENAPA KITA PERLU BERPUASA???

KENAPA KITA BERPUASA?



Alhamdulillah,syukur kita kepada ALLAH kerana dia telah pilih kita dan menjadikan kita sebagai manusia.Kalau nak diikutkan, ALLAH boleh jadikan kita sebagai batu,binatang dan lain2 makhluk ciptaan ALLAH.Tapi kita,tanpa kita minta,ALLAH telah pilih kita untuk dijadikan manusia iaitu SEBAIK2 MAKHLUK CIPTAAN ALLAH.Jadi sebagai makhluk yang dicipta kita ada pencipta yang patut kita taatinya iaitu ALLAH.Dialah yang memberi kita kehidupan,harta kemewahan bahkan segala2nya adalah di bawah jagaannya.Jadi lazim dan wajiblah keatas kita untuk kita mentaatinya.Jadi salah satu dari hukum2 ALLAH yang patut kita laksanakan ialah PERPUASA DI BULAN RAMADHAN YANG MUBARAK.Firman ALLAH didalam Al Qur'an yang mafhumnya "Wahai orang2 yang beriman,aku telah jadikan puasa wajib keatas kamu sepertimana aku telah wajibkan keatas kaum yang sebelum ini kerana mahu kamu hasilkan sifat taqwa dalam diri kamu".Jadi fahamlah kita kenapa dan apa maksud kita berpuasa.Maksud kita berpuasa ialah untuk meningkatkan ketaqwaan diri kita kepada ALLAH TA'ALA..


BAGAIMANA CARA UNTUK KITA MENDAPAT SIFAT TAQWA?

Maksud taqwa ialah sifat ketakutan kita kepada ALLAH,tuhan yang menciptakan kita.Kerana ALLAH akan meredhai mereka yang ada sifat taqwa dalam diri mereka.Jadi,tidak lain tidak bukan,asal dan maksud kehidupan kita ialah hanya untuk mendapatkan keREDHAAN ALLAH semata2.Untuk itu cara untuk mendapatkan sifat ini,kata ulama kita perlu melakukan sesuatu dan ia ada tersembunyi pada perkataan TAQWA itu sendiri.Pertama ialah kita perlu ada "TA" iaitu TAWADUK,perlu ada tawaduk dalam diri kita.Kedua "QAF" iaitu QINA'AH,senantiasa kita merasa cukup dan meredhai.Ketiga "WAU" iaitu WARA',menjauhi segala yang haram dan ragu2.Keempat "YAA" iaitu YAKIN,yakin pada ALLAH dan janji2nya.Jadi kalau kita dapat melaksanakan segala sifat ini,maka senanglah untuk kita dapat sifat TAQWA...


WABILLAHITAUFIQ WASSALAMUALAIKUM...IHYA UL RAMADHAN...