Islamic Widget

Friday, December 16, 2011

MEMPERKASAKAN UKHUWWAH SYARAT KUKUHNYA AGAMA.

Alhamdulillah, tahun ini masih lagi kita dipanjangkan umur oleh ALLAH, tuhan yang MAHA KUASA lagi BIJAKSANA. Kita sekarang telah berada di tahun baru islam, tahun 1433hijri bulan muharam. Bulan yang penuh dengan peristiwa yang dapat kita pelajari dan menjadi pedoman dalam kehidupan kita. Bulan Muharam yang pertama dalam kelendar umat islam. Sebagai seorang yang sejati, kita patut mengetahui sejarah yang berlaku pada bulan ini. Tapi sayangnya sekarang, umat islam telah lupa. Mereka tahu tentang sejarah dunia tapi jahil tentang sejarah agama mereka. Bahkan ada yang tidak tahu mengenai bulan-bulan islam. Ini adalah satu perkara yang patut kita tangisi sebagai seorang islam yang sejati. Para-para Sahabah R.ahum, mereka terlampau kasih pada agama, apa-apa sahaja yang berkaitan dengan agama semua mereka hargai. Sehingga Bahasa Arab telah menjadi bahasa kebangsaan kepada negara yang mereka takluki.

Berbalik pada Bulan Muharam ini, saya ini menyentuh sedikit sebanyak sejarah islam supaya kita mendapat faedah dan boleh dijadikan pedoman dan garis panduan hidup kita. Salah satu faktor yang membuatkan kaum muslimin dapat menakluki 2/3 dunia ialah kerana mereka hidup bersatu. Kekuatan ukhuwah mereka sangat utuh. Ini kerana Rasulullah telah mengajar mereka dengan menyatukan kaum Muhajirin dan kaum Ansar. Sifat berkasih sayang inilah yang menyebabkan jatuhnya kerajaan Rome dan Farsi pada zaman itu. Pentingnya kita bersatu dan bersefahaman ini kerana ianya ditekankan oleh ALLAH sendiri. Firman ALLAH dalam surah al Anfal :


Maksudnya "Dan taatlah kamu kepada ALLAH dan Rasulnya, dan janganlah kamu berbantah-bantah, kalau tidak kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah kamu, sesungguhnya ALLAH bersama dengan orang yang bersabar"

Sabda Rasulullah "(Bersatu) Berada dalam jemaah itu rahmat dan perpecahan itu kesengsaraan"

Dari ayat al Quran dan hadis nabi s.a.w ini, kekuatan kaum itu terletak pada kesatuan mereka. Apabila mereka bersatu dan bersefahaman maka ia akan menjadi tembok yang kuat dan tinggi untuk musuh. Susah untuk mereka memeranggi kaum tersebut.

Antara langkah-langkah yang perlu kita amalkan untuk memperkasakan ummah ialah dengan kita memperkuatkan ukhuwwah kita sepertimana para sahaba nabi. Mereka sanggup bersusah payah untuk diri mereka supaya sahabat-sahabat mereka boleh hidup senang. Sebagai contoh, dalam perang Yarmuk, tiga orang sahabat iaitu Ikrimah bin Abu Jahal, Harith bin Hisyam dan Ayyas bin Abu Rabiah R.hum. Mereka telah tercedera dalam peperangan tersebut dan dahaga telah menguasai mereka. Maka apabila saudara sepupu kepada Ikrimah datang membawa air, di saat hazrat Ikrimah mahu minum air tersebut, dia terdengar suara hazrat Ayyas meminta air. Dia mengarahkan saudaranya itu memberi air kepada Ayyas. Dan di saat Ayyas ingin minum, dia terdengar suara hazrat Harith meminta air. Dia mengarahkan supaya diberi kepada hazrat Harith. Apabila sampai pada Harith maka ia didapati telah syahid dan begitulah seterusnya. Semua telah sebelum mereka meminum air tersebut. Begitu kuatnya Ukhuwwah sahabat sehinggakan ALLAH telah beritahu dalam al-Quran tentang sifat sahaba.
Firman ALLAH dalam surah al Fath :


Maksudnya " Muhammad ialah Rasulullah dan orang yang bersama dengannya bersikap kasar terhadap orang kafir dan sebaliknya bersikap kasih sayang dan belah kasihan sesama sendiri. Engkau melihat mereka tetap beribadah ruku' dan sujud, dengan mengharap limpah kurniaan dari ALLAH serta mengharap keredaannya. Tanda yang menunjukkan (mereka orang yang salih) ada pada muka mereka iaitu kesan sujud. Demikianlah sifat mereka yang disebutkan dalam kitab tawrat dan injil..........................................................................................................."

Jadi dengan sifat kasih sayang inilah yang menyebabkan kekuatan umat islam ditakuti oleh musuh-musuh islam. Dan ingatlah saudara sekelian, kekuatan ini terletak pada diri kita sendiri, Kalau kita sayangkan agama yang kita anuti dan kita mahu kejayaan di dunia dan akhirat maka perlulah kita ambil berat tentang apa yang telah nabi kita lakukan dahulu Belajar dan fahamilah sirah nabawiah. Pada akhir kalam ini, saya berharap kita semua dapat membuat satu azam tahunan yang baru. Dan kita muhasabah diri kita balik. Fikirlah bagaimana untuk kita mengapat keredaan dari ALLAH. Wassalam

Muhammad Nur Alimy bin Mohammad Zaidi
(Khadimul Baitul Quran Centre)